Penulisan Refleksi GKK1034 Kesan Senaman Terhadap Fisiologi Badan Manusia
Nama : Fatimah Amanda binti Rozaidi
Unit : TESL 1
Kursus Kesihatan dan Kecergasan Diri (GKK 1043) merupakan satu kursus generik yang perlu diambil oleh siswa guru di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Sebelum meneruskan dengan lebih lanjut mengenai kerja kursus GKK ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang banyak mendorong saya menyiapkan tugasan pada kali ini pada tarikh yang ditetapkan. Terima kasih terutamanya kepada pensyarah GKK saya, Encik Ahmad Jalani bin Halus, seterusnya rakan- rakan seperjuangan saya sepanjang tugasan ini berlangsung.
Refleksi merupakan satu kaedah merenung, menganalisis, serta mencari cadangan untuk meningkatkan tahap pencapaian dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan. Jadi, penulisan refleksi untuk Kursus Kesihatan dan Kecergasan pada kali ini bertujuan untuk menganalisis sama ada berlaku peningkatan atau sebaliknya dalam ujian SEGAK dan ujian bleep yang telah dijalani oleh saya. Ujian SEGAK ini dilaksanakan untuk menguji lima aspek kecergasan diri iaitu, daya tahan otot, daya tahan kardiovaskular, kelenturan, kekuatan otot serta BMI. Bagi ujian bleep pula, ujian ini dijalankan bagi menguji daya tahan kardiovaskular kerana calon ujian perlu lari ulang alik dalam kadar yang semakin pantas.
Terdapat beberapa kebaikan yang saya peroleh daripada ujian SEGAK ini. Pada ujian ‘pre-test’ BMI saya atau ‘body mass index’ adalah 26.03 dengan berat 70kg dan tinggi 1.64m. Pada ‘post-test’ yang dijalankan pada bulan September ini, saya telah berjaya menurunkan BMI saya sebanyak 0.93 kepada 25.1 dengan berat 68kg dan tinggi masih kekal 1.64m. Saya telah berjaya mencapai penurunan BMI kerana sewaktu jarak di antara post dan pre test, saya telah mengamalkan nisbah pemakanan mengikut piramid makanan. Saya juga telah berhentj mengambil snek dan makanan ringan pada waktu malam dan saya tidak lagi meninggalkan sarapan.
Bagi ujian bleep pula, saya telah mencapai peningkatan yang agak memberangsangkan. Bermula dengan rekod pencapaian sebanyak tahap 2 pusingan 4 sewaktu ‘pre-test’, saya telah meningkatkan graf pencapaian saya dalam ujian bleep ini kepada tahap 3 pusingan 1 sewaktu ‘post-test’. Pencapaian ini telah saya peroleh dengan adanya latihan mengikut piramid aktiviti. Saya juga telah ber’jogging’ pada setiap hujung minggu. Saya dan rakan-rakan telah bersama sama ‘jogging’ ke pantai berdekatan dengan IPGKDR ini. Pada permulaan kursus ini dilaksanakan, saya merupakan orang yang agak kurang gemar akan aktiviti kecergasan. Oleh itu, peningkatan pada kali ini adalah satu perkara yang saya tidak jangkakan.
Berdasakran peningkatan pencapaian saya dalam pre dan post test, saya berpendapat bahawa setiap elemen yang diuji dalam ujian SEGAK dan bleep ini memiliki kepentingan sendiri. Sebagai penuntut di IPGKDRI,, saya mengakui bahawa, kecergasan merupakan satu aspek yang perlu ditekankan sewaktu program persediaan kerana pada tahun-tahun yang mendatang, sudah pasti masih banyak aktiviti yang memerlukan para siswa untuk melibatkan diri bagi membentuk guru berkualiti.
Comments
Post a Comment