MENDAKI BUKIT BESAR !



MENDAKI BUKIT BESAR , TERENGGANU 

Ini merupakan kali pertama kami mendaki Bukit Besar (pertama kali saya ‘hiking’) jadi saya agak bersemangat untuk aktiviti ini pada awalnya.

Kami bertolak dari IPG pada jam 7.30 pagi. Pada pagi itu, kami telah diarahkan untuk berkumpul di hadapan dewan pada jam 7 pagi. Kelas kami sebagai pihak yang bertugas pada hari itu telah mengumpulkan kawan-kawan kami dan mengira kehadiran. Setelah itu, kami pun bertolak.

Setibanya kami di sebuah taman rekreasi berhampiran Bukit Besar itu, kami menyertai aktiviti senamrobik untuk memanaskan badan sebelum memulakan aktiviti mendaki. Aktiviti senamrobik yang diketuai oleh tiga orang wakil dari sebuah kelab itu merupakan satu aktiviti yang sangat seronok! Senamrobik itu diikuti oleh ‘jogging’ satu pusingan mengelilingi taman tersebut.

Kami mula mendaki bukit itu pada lebih kurang jam 9 pagi. Cuaca pada hari itu sangat sesuai untuk melakukan aktiviti luar kerana ia tidak terlalu panas dan tidak juga hujan. Walaupun pendakian itu agak memenatkan, ia tetap penuh dengan keseronokan dengan adanya kawan-kawan sekelas yang sentiasa bersemangat sepanjang pendakian.

Selepas bergambar dan melihat panorama di puncak bukit, kami berkumpul sekali lagi dan menuruninya bersama sama. Dalam perjalanan pulang, kami sempat singgah di pasar tani berhampiran dan saya dan kawan-kawan saya pada waktu itu rambang mata melihat juadah dan air yang disediakan dek kerana kehabisan tenaga sewaktu mendaki.

Jadi, aktiviti mendaki Bukit Besar ini adalah antara memori yang tidak akan lekang dari ingatan saya sampai bila bila.

Comments

Popular posts from this blog

Hari Terakhir Di KMKt

hari yang MENGGERUNKAN...