Posts

Showing posts from August, 2019

Riang Ria Raya di IPGKDRI

Image
Sambutan raya buat kali pertama di IPG Kampus Dato Razali bersama ahli kelas. 

Hari Terakhir Di KMKt

Image
..... LAST DAY IN KMKt..... Walaupun kami hanya sempat mengenali satu sama lain kurang dari tempoh sebulan, Ramadhan pada kali ini memberi saya satu peluang yang sangat berharga. Ahli kelas saya semasa di matrikulasi mempunyai hubungan yang sangat erat seolah olah kami sudah lama kenal. Mereka sangat bersemangat dan mereka sangat membantu dalam menghilangkan rasa rindu kepada rumah saya. Saya sangat selesa bersama mereka. Pada hari saya mendapat panggilan ke IPG, mereka berpakat untuk iftar bersama sama buat kali terakhir dan saya amat menghargainya. Sehingga kini saya masih berhubung dengan mereka dan ternyata hubungan kami juga masih rapat. Saya amat berharap untuk berjumpa dengan mereka pada  masa akan datang

KELUARGA KEDUA KU

Image
Hai semua pembaca! Selamat datang ke diari coretan saya! Di sini, saya akan berkongsi serba sedikit tentang apa yang saya lalui, ketahui dan alami sama ada baik atau buruk. Pada entri kali ini, saya ingin memperkenalkan anda semua kepada ahli kelas saya, sepanjang 5 tahun saya berada di IPGKDRI. Mari kita mulakan! Bermula dari barisan paling atas : Anis, Aina Zaf, Alia, Farah, Fatin, Ana, Myrah, SAYA (hahahaha), Farisha, Izzah, Husna, Aisyah, Arfah, Aina.  Barisan bawah(lelaki) : Ali, Fitri, Baihaki, Afif Mereka semua akan menjadi keluarga saya selama lima tahun tempoh pengajian dan saya sangat gembira dengan kehadiran mereka dalam hidup saya. Tak sabar rasanya hendak meluangkan masa bersama mereka Itu sahaja untuk entri kali ini! 

Classmates Day Out!

Image
CLASSMATES DAY OUT! Ini merupakan kali pertama kami keluar beramai ramai. Memang tidak dinafikan, ahli kelas kami semuanya rapat seperti sebuah keluarga.  Tetapi dalam gambar di atas terdapat beberapa orang yang tidak berkesempatan untuk hadir. Tidak mengapa, masih panjang masa untuk kita keluar bersama!  Kami pergi secara berasingan kerana masing masing belum memiliki kenderaan sendiri. Ada yang pergi dengan khidmat Grab, ada yang pergi dengan memandu kereta sewa dari khidmat senior kami.  Perjalanan dan pengalaman makan bersama adalah sesuatu yang takkan saya lupakan. Pada waktu itu kami sampai dalam lebih kurang lewat petang. Sementara menunggu makanan sampai, kami sempat bermain beberapa permainan bersama sama.  Mula-mula, kami bermain permainan yang dipanggil Never Have I Ever. Riuh rendah kami dibuatnya. Permainan ini menjadi lebih meriah kerana soalan soalan yang diajukan adalah tidak terlalu formal. Sesuai dengan waktu santai kami.  Setelah selesai m

MENDAKI BUKIT BESAR !

MENDAKI BUKIT BESAR , TERENGGANU  Ini merupakan kali pertama kami mendaki Bukit Besar (pertama kali saya ‘hiking’) jadi saya agak bersemangat untuk aktiviti ini pada awalnya. Kami bertolak dari IPG pada jam 7.30 pagi. Pada pagi itu, kami telah diarahkan untuk berkumpul di hadapan dewan pada jam 7 pagi. Kelas kami sebagai pihak yang bertugas pada hari itu telah mengumpulkan kawan-kawan kami dan mengira kehadiran. Setelah itu, kami pun bertolak. Setibanya kami di sebuah taman rekreasi berhampiran Bukit Besar itu, kami menyertai aktiviti senamrobik untuk memanaskan badan sebelum memulakan aktiviti mendaki. Aktiviti senamrobik yang diketuai oleh tiga orang wakil dari sebuah kelab itu merupakan satu aktiviti yang sangat seronok! Senamrobik itu diikuti oleh ‘jogging’ satu pusingan mengelilingi taman tersebut. Kami mula mendaki bukit itu pada lebih kurang jam 9 pagi. Cuaca pada hari itu sangat sesuai untuk melakukan aktiviti luar kerana ia tidak terlalu panas dan tidak juga hujan.

MENGENAI FILEM TANDA PUTERA...

Image
SINOPSIS DAN SERBA SEDIKIT MENGENAI FILEM INI. Filem ini merupakan sebuah filem yang wajib ditonton bagi para peminat filem ber’genre’ biografi. Dengan berlatar masa pada era sebelum dan selepas merdeka, filem ini memberi ‘mood’ klasik dan patriotik pada masa yang sama.  Bagi saya, sejujurnya filem ini merupakan salah satu filem yang bernas daripada produksi tempatan. Filem ini menceritakan tentang perjuangan seorang tokoh kemerdekaan dalam membentuk hubungan damai dengan para penjajah serta cabaran cabaran yang menimpanya daam menjayakan usaha murni itu.  Walaupun jalan ceritanya agak perlahan, info-info dan unsur sejarah yang diselitkan dalam filem ini telah memberi banyak impak dan manfaat kepada saya. Antaranya saya dapat lebih mengenali tokoh megara dan faham tentang kronologi menuju kemerdekaan.  Secara keseluruhannya, filem ini wajar ada dalam senarai tontonan anda semua kerana filem ini menunjukkan sikap patriotik yang mendalam dan banyak nilai murni yang k