Classmates Day Out!

CLASSMATES DAY OUT!



Ini merupakan kali pertama kami keluar beramai ramai. Memang tidak dinafikan, ahli kelas kami semuanya rapat seperti sebuah keluarga. 

Tetapi dalam gambar di atas terdapat beberapa orang yang tidak berkesempatan untuk hadir. Tidak mengapa, masih panjang masa untuk kita keluar bersama! 

Kami pergi secara berasingan kerana masing masing belum memiliki kenderaan sendiri. Ada yang pergi dengan khidmat Grab, ada yang pergi dengan memandu kereta sewa dari khidmat senior kami. 

Perjalanan dan pengalaman makan bersama adalah sesuatu yang takkan saya lupakan. Pada waktu itu kami sampai dalam lebih kurang lewat petang. Sementara menunggu makanan sampai, kami sempat bermain beberapa permainan bersama sama. 

Mula-mula, kami bermain permainan yang dipanggil Never Have I Ever. Riuh rendah kami dibuatnya. Permainan ini menjadi lebih meriah kerana soalan soalan yang diajukan adalah tidak terlalu formal. Sesuai dengan waktu santai kami. 

Setelah selesai makan dan solat maghrib, kami beransur pulang ke IPG semula. 

Comments

Popular posts from this blog

Hari Terakhir Di KMKt

hari yang MENGGERUNKAN...