Hari Terakhir Di KMKt
..... LAST DAY IN KMKt..... Walaupun kami hanya sempat mengenali satu sama lain kurang dari tempoh sebulan, Ramadhan pada kali ini memberi saya satu peluang yang sangat berharga. Ahli kelas saya semasa di matrikulasi mempunyai hubungan yang sangat erat seolah olah kami sudah lama kenal. Mereka sangat bersemangat dan mereka sangat membantu dalam menghilangkan rasa rindu kepada rumah saya. Saya sangat selesa bersama mereka. Pada hari saya mendapat panggilan ke IPG, mereka berpakat untuk iftar bersama sama buat kali terakhir dan saya amat menghargainya. Sehingga kini saya masih berhubung dengan mereka dan ternyata hubungan kami juga masih rapat. Saya amat berharap untuk berjumpa dengan mereka pada masa akan datang
Comments
Post a Comment