MENGENAI FILEM TANDA PUTERA...



SINOPSIS DAN SERBA SEDIKIT MENGENAI FILEM INI.

Filem ini merupakan sebuah filem yang wajib ditonton bagi para peminat filem ber’genre’ biografi. Dengan berlatar masa pada era sebelum dan selepas merdeka, filem ini memberi ‘mood’ klasik dan patriotik pada masa yang sama. 

Bagi saya, sejujurnya filem ini merupakan salah satu filem yang bernas daripada produksi tempatan. Filem ini menceritakan tentang perjuangan seorang tokoh kemerdekaan dalam membentuk hubungan damai dengan para penjajah serta cabaran cabaran yang menimpanya daam menjayakan usaha murni itu. 

Walaupun jalan ceritanya agak perlahan, info-info dan unsur sejarah yang diselitkan dalam filem ini telah memberi banyak impak dan manfaat kepada saya. Antaranya saya dapat lebih mengenali tokoh megara dan faham tentang kronologi menuju kemerdekaan. 

Secara keseluruhannya, filem ini wajar ada dalam senarai tontonan anda semua kerana filem ini menunjukkan sikap patriotik yang mendalam dan banyak nilai murni yang kita bakal peroleh dari filem ini. Ringkasnya, saya memberi ‘rating’ 9/10 untuk karya tempatan ini. 

Comments

Popular posts from this blog

Hari Terakhir Di KMKt

hari yang MENGGERUNKAN...